Soalan Kerap Ditanya
Terakhir dikemaskini: Apr 20 2013, 18:20:50 (tidak dikemaskini!)
PemanduK: Saya ingin memperbaharui kontrak pemandu saya, bagaimana untuk melakukannya?J: Anda boleh memperbaharui kontrak bila-bila masa jika nilai keseluruhan pemandu di bawah had kumpulan. Anda akan membayar yuran perolehan dengan segera, anda tidak akan membayar gaji baru sehinggalah kontrak semasa dilengkapkan. Untuk memperbaharui, pilih pautan Kontrak Pemandu di halaman utama Pejabat GPRO. K: Saya telah memperbaharui kontrak pemandu saya, tetapi jumlah "baki perlumbaan" belum berubah. Kenapa?J: Pemandu anda akan melengkapkan kontrak sedia adanya dengan anda dan kemudian akan memulakan kontrak baru dengan anda, nilai baki perlumbaan akan berubah kemudiannya. Jangan risau, jika dia bersetuju dengan syarat-syarat anda, anda tidak akan kehilangannya kecuali jika anda disingkirkan ke kumpulan lebih bawah dan jika nilai keseluruhan pemandu lebih tinggi daripada yang dibenarkan untuk kumpulan yang anda disingkirkan. Sambungan kontrak akan muncul di pejabat seperti ini: 8 (+17). Walaubagaimanapun ia tidak akan muncul di mana-mana halaman lain kecuali halaman kontrak pemandu. K: Pemandu saya telah melebihi nilai keseluruhan kumpulan tetapi saya ingin memperbaharui kontraknya, bagaimana caranya?J: Tidak boleh, pada masa hadapan jika anda merancang terlebih dahulu ianya berkemungkinan untuk memperbaharui kontrak pemandu untuk 17 perlumbaan tambahan sebaik sahaja anda mendapatkannya, seterusnya anda boleh menyimpannya untuk sekurang-kurangnya 34 perlumbaan. K: Ke manakah pemandu saya pergi?J: Sama ada kontraknya telah tamat - anda perlu menandatangani yang baru! Atau anda telah disingkirkan dan nilai Keseluruhan pemandu anda adalah amat tinggi untuk kumpulan baru anda. Kemaskini keretaK: Bolehkah untuk mengemaskini kereta selepas Latihan/Kelayakan?J: Ya, pengemaskinian akan masih berfungsi, tetapi anda harus mempertimbangkan sekiranya anda menukar bahagian kereta selepas latihan / kelayakan anda barangkali akan mengubah setup yang sepatutnya untuk perlumbaan. K: Kenapa saya tidak dapat mengemaskini kereta saya?J: Sebab munasabah: K: Kesemua bahagian kereta saya sudah lusuh, saya dalam keadaan berhutang dan tidak dapat membeli alat ganti baru, apa patut saya buat?J: JANGAN PANIK! Anda perlu memperlahankan rentak dan belajar untuk mengawal kelusuhan bahagian kereta anda, cuba lihat pada risiko pemandu. Cuba tamatkan perlumbaan supaya anda boleh mendapat lebih wang untuk menambahbaikkan kereta anda. Walaubagaimanapun anda masih boleh menuruntaraf alat ganti kereta anda. Fikir sebaiknya tentang bagaimana anda membelanjakan wang anda. Sedikit petunjuk - di rookie, 40 risiko sudah dianggap amat tinggi. K: Apakah yang dimaksudkan dengan Ks, Kw dan P?J: Ini adalah attribut Kuasa, Kawalan dan Pecutan kereta berdasarkan tahap bahagian kereta yang anda miliki dan juga sebarang mata ujian yang telah anda perolehi. K: Apakah maksud Ks, P, Kw dan S di sebelah "Jenis kereta" di dalam halaman "Tahap kewangan dan kereta"?J: Ini adalah karakter keseluruhan untuk kereta anda, Ks adalah Kuasa, P adalah Pecutan, Kw adalah Kawalan dan S adalah Seimbang. K: Apakah kepentingan Ks, Kw dan P?J: Lihat pada statistik litar, sebagai contoh, kereta dengan karakter keseluruhannya Kuasa akan pergi lebih laju di litar yang mementingkan Kuasa. K: Berapakah kos alat ganti kereta untuk setiap tahap?J: Anda perlu mencarinya sendiri, bahagian yang memberikan lebih kesan pada kemampuan kereta anda akan memerlukan kos yang lebih. Jadi enjin tahap 2 akan lebih mahal berbanding sayap hadapan tahap 2. LatihanK: Bagaimana untuk saya bermula?J: Skrin latihan membenarkan anda melakukan 8 lap untuk mendapatkan setup untuk kombinasi pemandu/kereta anda untuk litar terkini. Masukkan beberapa setting, sebagai contoh 500 di dalam setiap kotak dan lihat maklum balas pemandu anda dan perbaiki setting anda mengikut apa yang dimaklumkan oleh pemandu anda. K: Apakah yang dimaksudkan dengan tetapan semasa berlatih?J: Di skrin latihan, anda boleh menggerakkan tetikus anda ke arah tanda "?" berwarna biru untuk mendapatkan maklumat berkenaan setting pada bahagian-bahagian tertentu, secara ringkasnya: K: Pemandu saya telah berpuas hati dengan tetapannya tetapi saya masih sangat perlahan. Di manakah silapnya?J: Terdapat banyak sebab kenapa anda perlahan, kereta, pemandu, dan juga cuaca mempengaruhi tetapan, seterusnya juga jika pemandu berpuas hati dengan tetapan tidak bermaksud ia adalah tetapan terpantas yang ada. Cuba cari tetapan terbaik untuk menguji jika anda boleh menjadi lebih pantas. K: Tetapan pilihan pemandu lebih perlahan daripada tetapan yang dia tidak gemari, kenapa?J: Ianya mungkin bahawa pemandu anda tiada kemahiran untuk menentukan tetapan kereta anda, anda boleh melatih kemahiran teknikalnya untuk meningkatkannya lagi. Walaubagaimanapun terdapat beberapa lagi faktor yang boleh menyebabkannya. K: Tayar apakah yang boleh saya gunakan di dalam latihan?J: Anda boleh menggunakan mana-mana jenis tayar yang anda ingini semasa latihan. K: Masa latihan saya sangat perlahan berbanding orang lain semasa kelayakan, apa patut saya lakukan?J: Banyak parameter mempengaruhi rentak anda, sama ada tahap kereta anda atau faktor lain, seperti pencabar anda bertuah dengan mengambil risiko tinggi semasa sesi kelayakan. Kelayakan 1K: Jenis tayar apakah patut saya gunakan semasa Kelayakan?J: Tayar yang anda pilih untuk gunakan semasa kelayakan adalah tayar yang akan anda gunakan di dalam perlumbaan. Anda harus memilih tayar yang anda fikir akan memberikan anda strategi terbaik. Tayar melusuh di dalam perlumbaan, apabila ia melusuh dengan banyak anda akan menjadi perlahan. Pilih tayar anda dengan bijak. K: Jika saya memilih tayar hujan adakah saya kekal dengannya?J: Tidak, jika anda memilih tayar hujan anda akan turut diminta untuk memilih jenis tayar kering yang akan digunakan di dalam perlumbaan, sekiranya terdapat tempoh kering. K: Berapa lamakah penggunaan sesuatu tayar?J: Anda boleh mendapat gambaran baik tentang ketahanan tayar daripada Ujian. Kelusuhan tayar bergantung pada litar yang anda berlumba dan juga suhu, perkara lain turut mempengaruhi kelusuhan tayar, tetapi anda boleh selidikinya sendiri. Ianya penting untuk anda mencatatkan setakat manakah ketahanan tayar supaya anda boleh menggunakan data pada masa hadapan. Kelayakan 2K: Berapa banyak minyak saya perlukan?J: Minyak yang anda masukkan untuk Kelayakan 2 adalah yang akan anda muatkan pada permulaan perlumbaan untuk stint pertama, dan itu bergantung pada strategi anda. Ini adalah satu aspek permainan yang anda perlu uji, anda tidak akan bersara dari perlumbaan disebabkan kehabisan minyak, bila-bila masa minyak anda hampir habis pemandu anda akan pit secara automatik. Jadi masukkan jumlah minyak yang munasabah dan lihat berapa yang sebenarnya anda gunakan selepas perlumbaan di skrin "Analisa Perlumbaan". Kemudiannya anda akan dapat idea yang baik tentang jumlah minyak yang anda perlukan, ianya adalah tidak mungkin melebihi 280L pada mana-mana perlumbaan. Tetapan perlumbaanK: Saya tidak dapat membuat perubahan terhadap tetapan saya tetapi perlumbaan bukan dalam jam berikutnya. Kenapa ia terjadi?J: Halaman setup perlumbaan selalu dikunci 1 jam 30 minit sebelum permulaan perlumbaan langsung untuk membolehkan skrip permainan melakukan beberapa pengiraan penting perlumbaan. Maklumat litarK: Masa keluar/masuk pit untuk litar tersebut adalah 16.5 saat, adakah itu adalah masa keluar dan masuk digabungkan, atau 16.5 saat masuk dan 16.5 saat keluar?J: Ini adalah masa keseluruhan untuk masuk dan keluar pit digabungkan. CuacaK: Pada ramalan cuaca apakah yang diwakili oleh masa 0j - 0j30m dan seterusnya?J: Tempoh masa ini adalah berdasarkan masa lap perlumbaan, bukan masa berdasarkan klik lap semasa perlumbaan langsung. Sebagai contoh, dengan purata masa lap pada 1:30.000 pemandu akan melalui 20 lap di dalam tempoh 30 minit tersebut. Perlumbaan langsungK: Bilakah saya boleh menonton perlumbaan?J: Perlumbaan boleh ditonton secara langsung pada hari Selasa dan Jumaat bermula jam 20:00 CET, 15 minit sebelum perlumbaan bermula satu butang yang menghubungkan anda ke skrin Perlumbaan Langsung akan muncul di halaman pejabat utama di sudut teratas kanan (selain penghitung untuk perlumbaan seterusnya). K: Di skrin Perlumbaan Langsung / Ulang Tayang Perlumbaan, terdapat nombor di sebelah Bar Kuning - Baki Minyak yang menyatakan seperti ~22% ini mewakili apa?J: Ini adalah jangkaan nilai untuk baki minyak di dalam tangki kereta, ia menyusut dengan nilai 3 pada setiap perubahan. Oleh itu baki minyak anda akan berada di sekitar 21% dan 24%. K: Semasa saya menonton perlumbaan langsung ia tidak mengemaskini halaman secara automatik. Adakah ia disebabkan pepijat?J: Tidak, ia bukan pepijat. Ini boleh berlaku sekiranya browser anda tidak menyokong JavaScript/AJAX atau jika anda telah menyahaktifkannya. Analisa perlumbaanK: Dalam "Analisa Perlumbaan" menyatakan baki Minyak pada penghujung stint adalah 20%, 20% daripada apa sebenarnya?J: Nilai baki minyak adalah % daripada jumlah kapasiti tangki, kapasiti penuh minyak adalah 180L. Sebagai Contoh, 20% baki. 180/100 = 1.8. 1.8 X 20 = 36 Liter. K: Dalam perlumbaan saya berhenti selepas 4 lap, saya ada lebih minyak di dalam tangki berbanding apa yang saya minta krew pit untuk tambahkan, bagaimana caranya untuk krew mengeluarkan minyak daripada kereta? Adakah ini pepijat?J: Tidak, kereta anda akan meninggalkan pit dengan jumlah minyak yang sedia ada di dalam tangki, krew tidak akan mengeluarkan minyak daripada kereta. UjianK: Kenapa saya perlu melakukan ujian?J: Tidak perlu tetapi ianya cara yang baik untuk belajar tentang permainan, dan juga ujian memberikan peningkatan kepada kereta anda. K: Adakah litar ujian berubah?J: Kebiasaannya litar ujian dipilih pada permulaan musim, dan kemudiannya litar tersebut digunakan untuk keseluruhan musim. K: Bagaimanakah ujian meningkatkan keupayaan kereta?J: Anda akan lihat beberapa jenis ujian yang berbeza, setiap satunya berfungsi pada karakteristik kereta yang berbeza - Kuasa, Kawalan atau Pecutan, yang lainnya berfungsi pada semua karakteristik. Lap ujian yang anda jalankan menghasilkan mata Ujian. Selepas perlumbaan mata Ujian ini akan ditukar ke peringkat seterusnya (R&D), kemudiannya selepas perlumbaan berikutnya kepada mata kejuruteraan dan akhirnya kepada mata karakter kereta yang mana akan ditambah kepada nilai Ks, Kw, P yang sedia ada. Ambil perhatian bahawa Ujian akan melusuhkan kereta anda. K: Saya tidak dapat melakukan ujian, adakah ini disebabkan pepijat?J: Sekiranya anda dalam keadaan berhutang anda tidak boleh melakukan ujian. Selain itu jika mana-mana bahagian kereta melebihi 90% kelusuhan anda tidak akan dibenarkan untuk melakukan ujian berdasarkan peraturan keselamatan. K: Bagaimana untuk mengira jumlah minyak yang saya gunakan di dalam stint ujian?J: Sebelum anda melakukan stint anda nyatakan tahap minyak anda mahukan di dalam kereta, selepas stint jumlah minyak yang tinggal akan ditunjukkan bersama dengan tayar dipakai dan masa lap. K: Kenapa pemandu saya tidak memberikan maklum balas dalam ujian?J: Masa yang hanya akan diberi maklum balas oleh pemandu semasa ujian adalah apabila anda memilih keutamaan kajian sebagai setup tuning. PenajaK: Saya sedang berunding dengan 5 penaja dan ianya mengambil masa yang begitu lama, adakah penaja ini bermasalah?J: Pasukan komersial anda menggunakan terlalu banyak masa dengan banyak penaja, cuba tumpukan pada 1 atau 2 penaja dan lihat hasilnya. K: Kenapa saya hilang penaja saya?J: Mungkin anda melakukan kesilapan semasa berunding dengan mereka. Mungkin anda berkata anda ingin memenangi kejuaraan? Untuk memenangi kejuaraan anda perlu memenangi kumpulan Elit. K: Penaja saya telah bertanya satu soalan kepada saya, bagaimana harus saya menjawabnya?J: Itu terpulang kepada anda, tetapi ingat, jika anda berikan jawapan yang salah kepada penaja anda, mereka mungkin tidak gembira dan tidak akan memenuhi kontrak. Kakitangan dan prasaranaK: Saya tidak berhutang tetapi saya tidak dapat melatih kakitangan saya, kenapa?J: Ini terjadi apabila tahap kemahiran kakitangan anda lebih tinggi daripada tahap kemahiran boleh dilatih bergantung pada prasarana anda. Untuk melatih kakitangan anda, anda perlu menaiktaraf kakitangan anda terlebih dahulu. Pengarah TeknikalK: Saya tidak dapat memperbaharui kontrak Pengarah Teknikal saya, kenapa?J: Ianya tidak mungkin untuk memperbaharui kontrak Pengarah Teknikal di GPRO. Ini untuk memberikan pasaran Pengarah Teknikal yang lebih kompetitif. K: Pengarah Teknikal saya telah ghaib, dan dia masih mempunyai baki perlumbaan dalam kontraknya, kenapa?J: Peraturan permainan menyatakan yang Pengarah Teknikal akan meninggalkan anda jika baki kewangan terkini anda adalah kurang daripada -$15.000.000 yang mana anda tidak mampu untuk menggajikannya dan dia tidak akan berkerja secara percuma. Atau jika anda telah disingkirkan ke kumpulan yang tidak membenarkan penggunaan Pengarah Teknikal. K: Saya tidak dapat menawarkan kontrak kepada Pengarah Teknikal, kenapa?J: Sebab yang mungkin adalah: K: Jika saya berada di bawah -$15.000.000 adakah Pengarah Teknikal saya akan segera meninggalkan saya atau adakah dia akan menunggu dan melihat sama ada saya akan berada di atas baki -$15.000.000 selepas perlumbaan?J: Beliau akan pergi sebelum perlumbaan. Kedudukan pengurusK: Apakah yang dimaksudkan dengan tanda “N” selepas nama pengurus di kedudukan musim?J: “N” mewakili baki negatif untuk seseorang pengurus. PasukanK: Adakah wang daripada mata pasukan dikongsi bersama pada akhir musim atau adakah itu adalah jumlah setiap ahli pasukan akan terima?J: Wang dari mata pasukan akan dikongsi sama rata di antara semua ahli pasukan. Kenaikan/Penyingkiran dan Tamat MusimK: Bilakah kenaikan / penyingkiran dikira, adakah sebelum atau selepas penganugerahan kesemua wang hadiah?J: Kenaikan/penyingkiran dikira selepas bonus untuk posisi 10 penamat teratas telah dibayar selepas perlumbaan terakhir musim dan SEBELUM wang hadiah untuk mata diperolehi, wang pasukan dan bonus penyertaan setiap perlumbaan musim tersebut dibayar. Ianya lebih baik untuk merancang dinaikkan ke tahap seterusnya dan pastikan anda mempunyai wang untuk terus meningkatkan keupayaan kereta anda, ianya tidak begitu digalakkan untuk dinaikkan ke tahap seterusnya dengan wang yang sedikit. K: Apakah yang diset semula semasa tamat musim di Rookie?J: Dalam Rookie pada penghujung setiap musim, beberapa attribut anda akan diset semula, ini berlaku selepas skrip kenaikan / penyingkiran: K: Apa yang tidak diset semula semasa tamat musim di Rookie?J: Set semula Rookie tidak memberikan kesan pada perkara berikut: K: Apakah yang sebenarnya berlaku semasa tamat musim?J: Berikut adalah apa yang akan berlaku: K: Bilakah kalendar untuk musim berikutnya diumumkan?J: Kebiasaannya senarai litar dengan tarikh kelayakan perlumbaan dikeluarkan antara 3-4 perlumbaan sebelum tamat musim, jangkaan tarikh untuk musim diset semula dikeluarkan selepas perlumbaan terakhir musim tersebut. ProfailK: Saya mempunyai rakan bermain permainan ini dan saya mahu diletakkan di dalam kumpulan Rookie yang sama dengannya pada musim hadapan. Ada sebarang cara yang boleh untuk meminta ia dilakukan?J: Ya, semua pengurus boleh memilih kumpulan rookie pilihan. Pemilihan boleh ditetapkan di Tetapan Akaun -> Set Semula atau Padam Akaun -> Kumpulan Rookie Pilihan. Pastikan anda dan rakan anda memilih kumpulan yang sama. Pemilihan ini hanya akan berkesan sekiranya pengurus terbabit bermain di Rookie pada musim seterusnya dan tidak akan berkesan pada pengurus yang bermain atau dinaikkan ke divisyen lebih tinggi. Pengurus di divisyen lebih tinggi yang mahu diset semula ke Rookie masih perlu membuat permohonan di Tetapan Akaun -> Set Semula atau Padam Akaun -> Set Semula akaun anda. K: Nama saya terdapat kesilapan tetapi ia tidak bertukar apabila saya mengemaskini profail saya. Kenapa?J: Sebaik sahaja akaun anda diluluskan anda tidak boleh meminda nama dalam-permainan anda dengan sendiri. Jika nama anda salah, hubungi salah seorang pentadbir dan mereka akan menukar nama anda bagi pihak anda. K: Saya tidak dapat memuat naik gambar saya, adakah disebabkan pepijat?J: Jika anda cuba memuat naik gambar yang melebihi 30KB anda mungkin akan menerima mesej "kesilapan". Oleh itu anda perlu mengecilkan saiz gambar anda semula sebelum memuat naiknya. Jika anda tidak pasti bagaimana untuk mengecilkan saiz gambar anda sila hubungi mana-mana pentadbir. ForumK: Bagaimana saya hendak melakukan carian Forum?J: Masuki forum menggunakan butang berlabel "Forum" di bahagian atas halaman, kemudian klik pada Carian. Di sini anda akan lihat pilihan untuk menjalankan carian forum, anda boleh mencari melalui Pengarang, atau melalui perkataan tertentu. NOTA: pilihan asas adalah mencari menggunakan Tajuk Topik sahaja, anda boleh mencari keseluruhan forum dengan memilih pilihan "Keseluruhan kiriman". K: Saya ingin menggunakan Italics, Bold dan Underlined di dalam forum, bolehkah?J: Ya, terdapat beberapa tag khas untuk tujuan ini. Tag diwakili oleh kurungan ([tag]beberapa tag[/tag]) seperti berikut: K: Bagaimana untuk menyebut kiriman lain di dalam forum?J: Cuma pilih teks yang anda ingin sebut dengan menggunakan tetikus dan tekan "Sebut" di sebelah kiriman yang anda ingin sebut. Teks yang disebut akan muncul di dalam kotak teks "Balas topik ini" di bahagian terbawah perbincangan, anda akan lihat ia disertakan di dalam tag sebutan ([quote]some text[/quote]). K: Apakah fungsi bebola mata di bahagian terbawah halaman forum?J: Jika anda klik bebola mata tersebut topik yang anda sedang baca akan ditambah ke senarai pemerhatian anda, topik tersebut akan muncul di seksyen "Perbincangan terkini" di halaman utama. K: Apakah maksud simbol merah di sebelah bebola mata di bahagian terbawah halaman forum?J: Jika anda klik simbol tersebut anda telah memilih untuk menambah topik tersebut ke senarai abai anda. Sebaik diabaikan, topik tersebut tidak akan dipaparkan lagi di seksyen "Perbincangan terkini" di halaman pejabat utama anda. |