GP Monaco pertama telah diadakan pada 1929, dengan Putera Louis II memberikan sokongan untuk pementasan acara ini. Di litar ini, kemahiran pemandu boleh mengatasi sebarang kelemahan kereta, seperti yang dibuktikan oleh enam kemenangan Senna antara tahun 1987-1993. Sebagai litar jalanan yang sempit, secara kasarnya agak mustahil untuk memintas di litar ini kecuali jika pemandu di hadapan melakukan kesilapan.
Litar ini telah menyaksikan beberapa keputusan mengejutkan tahun demi tahun, The circuit has witnessed some surprise results over the years, especially for French drivers, dengan Jean-Pierre Beltoise merekodkan kemenangan GP tunggalnya di sini pada perlumbaan basah pada 1972. Olivier Panis mencapai kemenangan yang diingati dalam GP Monaco pada 1996, walaupun bermula dari grid pertengahan dalam jentera Ligiernya. Litar ini turut menyaksikan kematian tragik Lorenzo Bandini, berikutan kemalangan di chicane pada 1967.
'Layout' asas litar ini kekal seperti yang asal pada tahun 1929, walaupun beberapa selekoh telah diperkemaskan untuk mengurangkan kelajuan perlumbaan. Satu terowong telah dibina di bawah Hotel Loews pada 1973, menawarkan tayangan hebat untuk penonton TV. Keselamatan terus dititikberatkan, dan prasarana litar dilihat lebih baik berbanding litar F1 lain. Pihak berkuasa turut sanggup berlembut dalam beberapa hal, dengan Monaco menjadi antara acara penting dalam kalendar F1.