Grand Prix Racing Online - Polisi peribadi
0. Penting
Ini adalah terjemahan percuma Polisi Peribadi rasmi GPRO. GPRO tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan di dalam terjemahan ini. Jika terdapat sebarang keraguan, versi Bahasa Inggeris sentiasa tepat. Note: In case you are an EU citizen, our extended GDPR compliant privacy policy applies to you. 1. Pengenalan Polisi ini meliputi penggunaan maklumat peribadi Grand Prix Racing Online yang dikumpulkan oleh GPRO apabila anda menggunakan laman web www.GPRO.net. Tujuan polisi ini adalah untuk memaklumkan anda tentang maklumat yang kami kumpulkan dan bagaimana kami menggunakannya. Bila-bila masa anda menghantar maklumat peribadi ke laman ini ia akan disandarkan kepada polisi peribadi ini. 2. Pengumpulan Maklumat Apabila anda mendaftar dengan GPRO kami akan meminta nama anda, tarikh lahir, alamat email dan jantina. Sebaik sahaja anda mendaftar dengan kami, anda tidak lagi anonymous. Kami secara automatik mengambil maklumat daripada browser anda termasuklah alamat IP anda, halaman permintaan anda, dan maklumat daripada cookies GPRO. Maklumat ini digunakan untuk mengekalkan dan meningkatkan keselamatan kami dan juga untuk mengekalkan fungsi GPRO yang tepat. 3. Kebolehdapatan Maklumat Maklumat yang dihantar ke GPRO boleh dipaparkan di laman web GPRO. Ini termasuklah nama anda, tarikh lahir, alamat email, kewarganegaraan, jantina dan perincian log masuk. Semua penggunaan laman web ini akan dijejaki oleh GPRO dan dipaparkan kepada umum tanpa notifikasi lanjut kepada anda. Kakitangan GPRO boleh memiliki akses untuk maklumat peribadi lebih terperinci daripada maklumat umum. Webmaster boleh melihat nama pengguna anda dan juga kata laluan untuk mengekalkan keselamatan. Webmaster boleh mengedit atau menukar mana-mana maklumat peribadi yang telah anda hantarkan ke laman ini. 4. Penggunaan Maklumat oleh GPRO Maklumat peribadi yang dihantar ke GPRO tidak boleh dijual, diberikan atau disewakan kepada sesiapa pun. Maklumat peribadi akan diberikan kepada pihak ketiga sekiranya kami perlu berbuat demikian mengikut undang-undang, atau sekiranya anda bertindak demikian kami beranggapan anda telah melanggar Terma Perkhidmatan. 5. Penggunaan Cookies Cookie adalah sejumlah kecil data, yang mana sering melibatkan pengecam unik anonymous yang dihantar ke browser anda daripada komputer laman sesawang dan disimpan di cakera keras komputer anda. Setiap laman sesawang boleh menghantar cookienya sendiri ke browser anda jika tetapan browser anda membenarkannya, tapi (untuk melindungi hak peribadi anda) browser anda hanya membenarkan laman web untuk mengakses cookies yang telah dihantar kepada anda, bukannya cookies yang dihantar kepada anda oleh laman lain. GPRO boleh menetapkan, dan mengakses cookies GPRO di komputer anda. Cookies ini perlu untuk beberapa sebab, termasuk tetapi tidak terhad kepada: • Menyediakan maklumat dan akses ke pangkalan data untuk pemain berkaitan. • Mengawasi tetapan yang digunakan oleh pemain semasa menggunakan GPRO. • Menentukan jumlah pengguna berdaftar kami dan untuk menganggarkan volum data dan kapasiti diperlukan. • Mengendalikan kajian terhadap kandungan GPRO dan perkhidmatannya untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pada masa hadapan. • Melindungi keselamatan akaun anda dengan memaparkan kata laluan masuk-semula selepas selang masa tertentu. 6. Notice concerning children GPRO is a general audience site, none of our content is specifically aimed at children under 13 years of age. We understand and are committed to respecting the sensitive nature of children's privacy online, and as such do not knowingly collect any personal information from any user under the age of 13. If we learn or have reason to suspect that a site or app user is under the age of 13, we will promptly delete any personal information in that user's account. 7. Removal of personal account information To remove your account and personal information use the in-app option for account deletion located in the settings of your profile. |